All News

Lawatan International Islamic University (IIUM) ke SAC

LAWATAN UIA

20 Julai 2022, Rabu - Kunjungan daripada Bahagian Penginapan dan Perkhidmatan, International Islamic University (IIUM) ke Pusat Penginapan Pelajar yang diketuai oleh Puan Siti Thuraiya Abdul Rahman (Pengarah Bahagian Penginapan dan Perkhidmatan, International Islamic University (IIUM)). 

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat dalam pengurusan penginapan pelajar, pengurusan rumah tetamu serta perkhidmatan yang terdapat di INASIS. Dalam pertemuan singkat namun bermakna ini, Encik Zor Mat Nor (Pengurus Pusat Penginapan Pelajar) memberikan taklimat serta perkongsian mengenai penginapan dan perkhidmatan yang dibekalkan kepada pelajar UUM serta diakhiri dengan sesi soal jawab bersama mereka yang mana IIUM turut berminat mengenai proses pengurusan setor dan penyenggaraan di INASIS.

Selain itu, mereka turut dibawa melawat ke bilik OKU INASIS TM, Kafeteria INASIS TM serta Rumah Tetamu Sisiran Naib Canselor.