All News

OPERASI BERSIH DAN KEMAS (OBK) SAC

GOTONG ROYONG2

 

17 Mac 2022 (Khamis), Operasi Bersih dan Kemas (OBK) telah diadakan di persekitaran SAC untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan di SAC. OBK ini turut dibantu oleh semua staf SAC dan beberapa pemandu kenderaan yang baru sahaja ditempatkan di SAC secara penggiliran. Aktiviti ini dijadikan sebagai aktiviti wajib setiap bulan supaya persekitaran SAC sentiasa kelihatan ceria, kemas dan bersih selain daripada memenuhi kriteria 5S universiti. Aktiviti ini berakhir jam 11.00 pagi.