All News

INTERNATIONAL SEMINAR ON STUDENT HOUSING AND DEVELOPMENT (ISHAD) 2021

PUSAT PENGINAPAN PELAJAR - INTERNATIONAL SEMINAR ON STUDENT HOUSING AND DEVELOPMENT (ISHAD) 2021 telah diadakan pada 8-9 September 2021 yang lepas dengan kerjasama Majlis Perumahan Universiti-universiti Awam (MAPUM) dengan jayanya Seminar ini telah diadakan sepenuhnya secara atas talian dengan bertemakan “NEW NORMS OF STUDENT'S DEVELOPMENT & WELLBEING: SUSTAINABILITY OF STUDENT'S RESIDENTIAL MANAGEMENT”. Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah merasmikan ISHAD 2021 pada hari pertama seminar selepas ucapan alu-aluan oleh Pengerusi MAPUM iaitu Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya (Timbalan Naib Canselor HEPA, Universiti Malaysia Terengganu)

Selepas majlis perasmian tersebut, peserta-peserta terus menghadiri Sesi Pembentangan Secara Selari. Pembentangan ini melibatkan pembentangan kertas kerja pengurusan asrama daripada pembentang-pembentang universiti awam mahupun universiti swasta. Antara pembentang yang turut membentang dalam sesi tersebut adalah Nurul Nuraliya Shahrai daripada Universiti Malaysia Sabah. Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk The Relationship Between Agricultural Students’ Behavior and The Factors Experiencing Of Academic Integrity Violations In Cultivating New Norms. Seminar tersebut berakhir dengan majlis penutup pada hari kedua.

 

Slide1

Slide2