All News

BENGKEL PENSIJILAN HALAL (SIRI 1)

poster gambar

 

Pusat Penginapan Pelajar (SAC), 20 dan 21 April 2021 -  SAC telah mengadakan Bengkel Pensijilan Halal (Siri 1) di Dewan Serbaguna SAC selama dua (2) hari iaitu pada 20 dan 21 April 2021. Bengkel ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada staf Unit Operasi Perniagaan SAC, Jawatankuasa Penginapan Siswa (JKPS) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). SAC telah bekerjasama dengan Pusat Pengajian Perniaagaan Islam bagi membantu menjayakan bengkel ini. Antara panel yang telah dijemput untuk memberikan perkongsian mengenai perkara ini adalah Dr. Nursiha binti Alias (Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perniagaan Islam), Prof. Madya Dr. Mohd Shahril bin Ahmad Razimi (Ketua Jabatan Muamalat & Pengurusan Halal), En. Zuraidi bin Mokhtar (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pusat Kesihatan Universiti) serta En. Muhammad Fauzi bin Mokhtar (Pensyarah Kanan Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara).

Peserta telah diberi pendedahan mengenai pengenalan kepada Sijil Halal Malaysia/Sistem e-Halal, Internal Audit/Audit JAKIM, Keselamatan Makanan dan Pengenalan Instrument Penilaian (Mystery Shoppers). Bengkel ini berakhir pada hari kedua(21 April 2021) dengan sesi penggambaran bersama Pn. Roslina binti Abdullah, Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC).